KUALA LUMPUR – Lebih 200 peserta perhimpunan #TangkapAzamBaki yang berlangsung di stesen LRT Bangsar mula melaungkan “Tangkap Azam Baki”.
Penganjur perhimpunan itu turut mengingatkan peserta-peserta supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Peserta perhimpunan #TangkapAzamBaki juga dijangka terus kekal di kawasan Stesen LRT Bangsar di mana sebelum ini perhimpunan dijangka dilakukan di hadapan Sogo. – K! ONLINE