fbpx

Henti tuding jari isu Zii Jia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Faizal (tengah) pada Larian Baton Komanwel Sempena Queen's Baton Relay Commonwealth Games 2022 di Padang Lintau Kampung Tengku Hussein Manjoi, Ipoh hari ini. - Foto oleh ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meminta semua pihak supaya tidak menunding jari menyalahkan sesiapa berkaitan kes pergantungan pemain perseorangan utama negara, Lee Zii Jia oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Menurut beliau, pihaknya akan berusaha mencari jalan penyelesaian berhubung kes membabitkan kedua-dua pihak itu.

“Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, kita perlu mengutamakan kepentingan negara dan saya berpandangan Zii Jia dan BAM juga sentiasa meletakkan kepentingan negara mengatasi segalanya.

“Untuk itu, tentunya ada peluang untuk saya sebagai orang tengah mengajak kedua-dua pihak berbincang untuk mencari jalan keluar bagi mengatasi kemelut ini.

“Kedua-dua pihak ada kehendak dan kemahuan masing-masing, kita akan cari jalan untuk memastikan kepentingan dan imej negara terjaga dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyertai Larian Baton Komanwel sempena Queen’s Baton Relay Commonwealth Games 2022 di Padang Lintau Kampung Tengku Hussein dekat Manjoi di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI