PETALING JAYA – TH Heavy Engineering Berhad (THHE), subsidari Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) memeterai memorandum persefahaman dengan OHP Ventures Sdn. Bhd. (OHPV) untuk meneroka peluang dalam tenaga boleh diperbaharui.
Kerjasama tersebut akan dilaksanakan melalui suntikan aset tenaga boleh diperbaharui yang akan melibatkan pembinaan loji kuasa hidro.
Ia juga adalah sebahagian daripada inisiatif THHE untuk membina kapasiti dan keupayaan dengan memiliki aset bagi mengukuhkan kedudukan kewangan melalui pengembangan aliran pendapatan.
Jawatankuasa Eksekutif THHE, Ahmad Yusof berkata, pihaknya berharap kerjasama tersebut akan membolehkan Kumpulan meneroka spektrum tenaga boleh diperbaharui melalui perniagaan pemilikan aset yang akan menjana pendapatan stabil untuk jangka masa panjang.
“Kerjasama inu juga akan membantu THHE kearah merancang formulasi pelan regularisasi yang mampan kepada Bursa Malaysia Berhad bagi mematuhi garis panduan yang ditetapkan di bawah Garis Panduan Utama PN17,” katanya dalam kenyataan.
Pemeteraian MoU tersebut diwakili oleh Ahmad Yusof dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif OHPV, Syahril Ahmad Tajuddin.