fbpx

Wartawan dirempuh kereta ketika lintas langsung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yorgey secara tiba-tiba dirempuh oleh sebuah kereta dari arah belakang. – NBC News

DUNBAR, VIRGINIA BARAT – Seorang wartawan dari sebuah stesen televisyen di negeri Virginia Barat, Amerika Syarikat mengejutkan penonton apabila dia dirempuh oleh sebuah kereta semasa melakukan laporan lintas langsung, lapor agensi berita United Press International kelmarin.

Tori Yorgey yang merupakan wartawan penyiaran untuk saluran WSAZ-TV, ingin memulakan lintas langsung dari sebuah lokasi berita di bandar Dunbar sebelum dia  tiba-tiba dia dirempuh oleh sebuah kereta dari arah belakang.

“Saya baru sahaja dirempuh oleh sebuah kereta, tetapi saya dalam keadaan baik,” kata Yorgey  sambil cuba untuk bangun.

Pemandu kereta tersebut kemudiannya didengari memberhentikan kenderaannya bagi memeriksa keadaan wanita itu.

“Anda tahu (kejadian) ini disiarkan secara langsung? Semuanya baik-baik sahaja. 

“Saya pernah dilanggar oleh sebuah kereta ketika berada di kolej. Saya gembira saya selamat,” kata Yorgey.

Selepas pemandu tersebut memohon maaf, Yorgey dilihat membetulkan kedudukan kamera yang jatuh serta lampu kamera sebelum meyambung kembali laporannya yang disiarkan secara langsung. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI