fbpx

Zara, wanita termuda terbang solo keliling dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zara melambai ke arah orang ramai sejurus mendarat di lapangan terbang di Kortrijk, kelmarin. – AFP

BRUSSELS, BELGIUM – Seorang juruterbang remaja yang melakukan misi penerbangan mengelilingi dunia secara solo menggunakan pesawat ringan berjaya memecahkan dua rekod Guinness World Records selepas mendarat dengan selamat di Belgium kelmarin, lapor agensi berita United Press International.

Zara Rutherford, 19, diiktiraf sebagai wanita termuda  mengelilingi dunia secara solo dan wanita pertama mengelilingi dunia dengan menggunakan pesawat ringan.

Dia ‘merampas’ rekod tersebut daripada juruterbang Amerika Syarikat, Shaesta Waiz yang berusia 30 tahun ketika dia  mengelilingi dunia secara solo pada 2017.

Gadis berdarah kacukan Britain dan Belgium itu mendarat di Lapangan Terbang Kortrijk-Wevelgem, Belgium selepas melengkapkan perjalanan sejauh 51,982 kilometer yang bermula pada 18 Ogos 2021.

Zara berkata,  dia pada awalnya menjangkakan bahawa misi tersebut akan berakhir dalam masa tiga bulan. Perjalanannya  bagaimanapun mengalami kelewatan akibat beberapa isu seperti masalah visa, cuaca buruk dan pandemik Covid-19.

“Perjalanan paling sukar adalah ketika terbang merentasi Siberia kerana cuaca di situ amat sejuk iaitu -35 darjah Celsius.

“Sekiranya enjin pesawat berhenti berfungsi, saya akan terkandas selama beberapa jam sebelum diselamatkan oleh pasukan penyelamat. Saya tidak tahu berapa lama mampu bertahan jika keadaan itu berlaku,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI