fbpx

KPKT fokus sedia rumah mampu milik mencukupi, berkualiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
- Reezal Merican menyerahkan buku Rangka Kerja Pemerkasaan PBT kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh, Jezlily Jamaluddin (tiga kanan) pada Majlis Amanat Menteri KPKT Tahun 2022 dan Pelancaran Rangka Kerja Pemerkasaan Pihak Berkuasa Tempatan (RKPBT) di kemeteriannya di sini, hari ini.- Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Memastikan penyediaan rumah mampu milik yang mencukupi dan berkualiti antara satu daripada enam fokus di bawah Malaysia Berdaya Huni 2022 yang menjadi keutamaan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, dalam soal perumahan, penyediaan rumah mampu milik merupakan teras utama di kementerian tersebut.

Katanya, sehubungan itu beliau mahu bersama-sama untuk menggerakkan Home Ownership Programme (HOPE) KPKT yang melihat ekosistem perumahan secara menyeluruh termasuk penyediaan perumahan dan pembiayaan perumahan.

“Sebab itu, kita ada misi yang perlu dilunaskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) iaitu penyediaan 500,000 unit rumah mampu milik. Jumlah ini bukan kecil dan kita perlu ada strategi untuk memastikan ia dicapai.

“Justeru dalam soal penyediaan perumahan, saya mahu Mesyuarat Majlis Perumahan Mampu Milik Negara (MPMMN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri diaktifkan semula dan beliau telah pun bersetuju untuk kita adakan mesyuarat pertama pada 31 Januari ini,” katanya pada Majlis Amanat Tahun Baru 2022 dan Pelancaran Rangka Kerja Pemerkasaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI