fbpx

Empat lelaki gagal bawa lebih 1.3 tan daun ketum ke Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli (kiri) memegang daun ketum di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik hari ini yang ditemui di dalam plastik hitam di dalam dua buah kenderaan ketika sekatan jalan raya di Kilometer 9, Jalan Raya Timur-Barat Gerik-Jeli, Gerik Jumaat lalu.

GERIK – Polis Perak berjaya menggagalkan cubaan penyeludupan daun ketum rentas negeri apabila menahan empat lelaki bersama lebih satu tan daun tersebut dalam sekatan jalan raya di Kilometer 9, Jalan Raya Timur-Barat Gerik-Jeli berhampiran Sungai Lebey di sini Jumaat lalu.

Dalam pemeriksaan sekitar pukul 9 malam itu, polis menahan pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Chery Eastar yang sarat dengan 133 bungkusan berisi 1.33 tan daun ketum dinaiki empat lelaki tersebut.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, polis kemudian menahan kesemua suspek berusia 27 hingga 37 tahun itu bersama daun ketum yang dianggarkan bernilai RM13,000.

“Pemeriksaan terhadap kenderaan Isuzu D-Max menemui 68 bungkusan plastik hitam di bahagian but dan polis turut menemui 65 lagi bungkusan di dalam kenderaan MPV yang tiba 20 minit kemudian.

“Kedua-dua kenderaan terbabit serta barang rampasan disita dan dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik untuk pemeriksaan lanjut,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik di sini hari ini.

Menurutnya, kesemua suspek yang berasal dari Kelantan itu dipercayai secara bersama dan mereka berkonvoi lebih 300 kilometer untuk mendapatkan bekalan daun ketum dari Kedah.

“Modus operandi mendapati mereka yang mengambil upah antara RM300 dan RM500 menuju ke Sik, Kedah sebelah pagi untuk ambil daun ketum tersebut sebelum bawa semula ke Pasir Mas, Kelantan.

“Aktiviti itu dipercayai aktif sejak sebulan yang lalu berikutan suspek mendapat upah bagi setiap perjalanan selain permintaan tinggi terhadap bekalan daun tersebut,” katanya.

Zulkifli berkata, kesemua suspek direman untuk siasatan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

“Tangkapan itu merupakan kejayaan terbesar tahun ini dan IPD Gerik berjaya merampas 2.7 tan daun ketum serta 276.8 liter air ketum membabitkan 49 kes sepanjang Januari hingga Ogos lalu dengan melakukan 62 tangkapan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI