NASKHAH 7 Hari Mencintaiku (7HM) pernah mendapat sambutan hangat untuk dua musim berturut-turut.
Kini, drama kekeluargaan itu kembali untuk musim ketiga yang masih membariskan pelakon asalnya, seperti Siti Saleha, Shukri Yahaya dan Liza Abdullah.
Tidak cukup dengan itu, karya nukilan Siti Rosmizah itu turut memaparkan beberapa kehadiran karakter baru seperti Wan Maimunah.
Malah, pembantu pengarahnya, Amy Nawari turut dilihat aktif berkongsi di sebalik tabir 7HM3 untuk tatapan peminat setia drama tersebut.
“Agak-agaknya apa lagi Mak Leha (Liza) yang nak lakukan pada musim kali ya?” soal seorang netizen menerusi sebuah akaun Instagram @7harimencintaiku_2.
“Selama-lamanya #teamMiaAdriana,” komen seorang pengguna TikTok yang juga peminat Siti Saleha.
Susulan realiti yang berlaku dalam perkahwinan Siti Saleha, peminat semakin tak sabar menantikan 7HM3.