fbpx

Telinga wanita hitam membusuk selepas digigit anjing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan bahagian telinga Erin Doherty yang menjadi hitam membusuk selepas digigit seekor anjing dan terpaksa dibuang dalam satu pembedaan. - Jam Press

BANDAR RAYA NEW YORK – Seorang wanita kehilangan separuh daripada satu telinganya selepas diserang oleh seekor anjing milik bekas teman lelakinya, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Erin Doherty, 24, mendakwa diserang oleh  anjing baka German Shepherd milik bekas teman lelakinya itu pada Julai 2021.

Ketika kejadian, Doherty dikatakan membelai haiwan berkenaan, namun ia tidak berhenti menggeram. Anjing itu kemudian menggigit tangan pereka seni bina itu dan menerkam mukanya.

Akibat serangan tersebut, Doherty kehilangan separuh telinganya manakalanya wajahnya mereput ketika dia menunggu untuk menjalani pembedahan.

“Bekas teman lelaki saya berlari keluar dari bilik air untuk menarik anjing itu apabila mendengar saya menjerit. Anjing itu mula menyerang kembali seolah-olah tidak puas.

“Dia mengurung anjing itu di dalam sebuah bilik dan memanggil ibu bapa dan rakan sebiliknya untuk membawa saya ke hospital,’’ jelas Doherty.

Selepas memasukkan telinga yang putus ke dalam ais, mereka terpaksa memandu selama dua jam ke hospital kerana pusat kesihatan tempatan tidak mempunyai pakar bedah plastik.

Telinga wanita itu dikatakan terpisah selama lima hingga enam jam sebelum pembedahan dijalankan untuk mencantumkannya kembali.

Bagaimanapun, warna telinganya mula bertukar kepada hijau dan kuning dalam masa empat hari sebelum menjadi hitam dan membusuk dan terpaksa dibuang dalam satu pembedahan lain.

Akhirnya, dia terpaksa mendapatkan telinga palsu setelah tujuh bulan kemudian. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI