fbpx

Harimau popular, Collarwali mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK mendadakan acara pengebumian terhadap harimau bernama ‘Collarwali’ yang mati pada hujung minggu lalu. - Bright Tiger Films/Madhya Prades

MADHYA PRADESH, INDIA – Seekor harimau betina yang tinggal di dalam hutan dan memberi ilham kepada penulisan buku ‘Jungle Book’ dilaporkan mati dan membuatkan ramai peminat berdukacita, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Harimau bernama Collarwali itu mula terkenal selepas melahirkan hampir 30 ekor anak yang comel sehingga diberi gelaran ‘supermum’ kerana menambah populasi harimau tempatan. 

Bagaimanapun, ia dilaporkan mati pada hujung minggu lalu kerana mengalami masalah usus.

Collarwali telah menarik ramai pengunjung dari seluruh negara untuk melawat Rizab Harimau Pench di negeri Madhya Pradesh.

Kawasan itu dipercayai menjadi inspirasi untuk sebuah penulisan antologi terkenal ‘Jungle Book’ yang menceritakan kisah seorang budak lelaki yang dibesarkan oleh serigala.

Haiwan itu melahirkan sebanyak 29 ekor anak sepanjang hidupnya dengan 25 daripadanya telah mencapai usia dewasa, lapor agensi berita France 24.

Namanya yang unik bermaksud ‘With Collar’ dalam bahasa Inggeris itu diilhamkan oleh satu projek penyelidikan yang dijalankan di taman itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI