fbpx

Jahidah demam muntah dikejarkan ke hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAHIDAH dikejarkan ke hospitl dengan ambulans selepas memgalami demam dan muntah. GAMBAR IHSAN Fauziah

SEREMBAN – Wanita mangsa keganasan rumah tangga yang sebelum ini koma dipukul suami, Jahidah Nordin dikejarkan ke hospital dengan ambulans petang tadi selepas mengalami masalah kesihatan.

Adiknya, Fauziah Nordin, 40, berkata, pihak ambulans tiba di rumahnya di Bandar Sri Sendayan di sini kira-kira pukul 3 petang tadi untuk mengambil Jahidah, 43.

“Saya telah menghubungi ambulans selepas melihat keadaan kakak yang tidak sihat.

“Tidak pasti punca sebenar tetapi kakak mengalami demam dan muntah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jahidah yang selamat melahirkan bayi lelaki, Eshan Nufail secara pembedahan pada 30 November 2020 masih tidak boleh bergerak dan tangannya mengeras selepas dibenarkan keluar dari Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) pada akhir bulan Disember lalu.

Menurut Fauziah, kakaknya itu dilihat mengalirkan air mata setiap kali dia cuba memegang tangan Jahidah untuk menyentuh bayi lelakinya.

“Kakak masih tidak boleh bergerak dan bercakap dan hanya terlantar di katil, malah dia juga tidak dapat memberikan maklum balas apabila ditanya atau sebagainya.

“Namun terdapat tanda dia memahami percakapan atau pertanyaan kami berdasarkan bahasa tubuh apabila dia kerap mengalirkan air mata,” katanya.

Dalam pada itu, Fauziah berkata, Eshan Nufail berada dalam keadaan sihat dan berat badannya bertambah dengan diberikan susu formula.

“Memang rasa sebak melihat keadaan kakak dan kejadian ini sudah berlarutan lebih enam bulan, namun saya dan ahli keluarga lain akan terus menjaganya sehingga pulih.

“Jahidah mengalami masalah di tekak yang mungkin menyebabkan dia sukar mengeluarkan suara namun keadaan itu dalam pemantauan pihak kesihatan,” katanya.

Menurut Fuziah, buat masa ini kami terpaksa bergantung kepada Jabatan Kebjikan Masyarakat (JKM) untuk kos perubatan Jahidah dan bayinya.

“Sehingga kini, gaji Jahidah tidak dapat dikeluarkan daripada bank kerana dipercayai ada masalah dan urusan mahkamah,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkannya menerusi akaun bank CIMB 7617797037 ( Fauziah Nordin).

Dalam kejadian pada 4 Mei lalu, Jahidah yang menetap di Johor Bahru koma disebabkan kecederaan parah pada kepala dengan tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak dipukul suaminya yang berusia 38 tahun. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI