fbpx

[VIDEO] Lima maut dalam kemalangan ngeri di Balikpapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan situasi kejadian kemalangan yang dirakam menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV). – Tempo.co

JAKARTA – Satu kemalangan ngeri dilaporkan berlaku hari ini di simpang Muara Bapak, bandar Balikpapan yang menyebabkan lima mangsa maut dan sekitar 20 kenderaan musnah atau rosak, lapor saluran berita Liputan6. 

Kejadian dikatakan berlaku sekitar pukul 7.15 pagi (waktu tempatan) dan dipercayai berpunca daripada sebuah treler yang hilang kawalan disebabkan brek tidak berfungsi.

Treler yang sarat dengan muatan itu dilaporkan terbabas lalu melanggar sejumlah kenderaan yang berhenti pada lampu isyarat merah.

Pemandu treler itu dikatakan merupakan penduduk tempatan berusia 48 tahun. 

Menurut Ketua Pesuruhjaya Perhubungan Awam Polis Kalimantan, Yusuf Sutejo, treler itu membawa muatan kira-kira 20 tan. 

Sebanyak 20 kenderaan dikatakan terlibat dalam kemalangan tersebut. Setakat ini, 5 mangsa dilaporkan maut dan 5 orang lagi cedera parah.

Mangsa-mangsa dibawa ke hospital berdekatan di Balikpapan iaitu Hospital Besar Kanujoso, Hospital Faith, dan Hospital Ibnu Sina, lapor laman berita Tempo.co.

“Keutamaan ketika ini adalah untuk memindahkan mangsa yang maut di tempat kejadian dan sebagainya,” jelas Yusuf. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI