fbpx

4 termasuk pengurus direman dana agensi kerajaan bernilai RM13.7juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek yang dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam untuk proses reman hari ini.

SHAH ALAM – Empat termasuk seorang pengurus sebuah syarikat logistik direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung dana sebuah agensi kerajaan bernilai RM13.7juta.

Perintah reman terhadap keempat-empat suspek lelaki berusia 41 hingga 66 tahun itu dikeluarkan Majistret Nur Faizah Abdul Sani.

Menurut sumber, kesemua suspek terlebih dahulu ditahan bermula pukul 6.45 petang sehingga 11 malam kelmarin di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.

Katanya, tiga daripada yang ditahan adalah daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) manakala seorang lagi bekerja di syarikat logistik.

“Mereka disyaki telah mengemukakan permohonan dan laporan berkala program yang mengandungi butiran palsu bagi memperoleh geran agensi itu.

“Siasatan mendapati perbuatan mereka dilakukan antara tahun 2019 hingga tahun ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Kata sumber itu, antara permohonan itu adalah berkaitan geran rumah ibadat, bantuan makanan asas dan awal persekolahan.

Jelas sumber, salah seorang daripadanya suspek yang direman juga didapati disiasat atas dua aduan berkaitan agensi berkenaan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 118 Akta SPRM,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI