fbpx

11 dipanggil bantu siasatan kes gangguan seksual ADUN Sedili

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamarul Zaman

JOHOR BAHRU – Seramai 11 individu telah dipanggil bagi merakamkan percakapan berhubung kes gangguan seksual membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain baru-baru ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya dalam proses untuk melengkapkan siasatan kes gangguan seksual terhadap seorang wanita yang juga Ahli Jawatankuasa Srikandi Bersatu, Bahagian Kota Tinggi.

Tambah beliau, Polis Johor akan menggunakan semua sumber yang ada bagi menyiapkan laporan siasatan dengan lebih terperinci.

“Kes ini masih dalam siasatan, memang kita maklum akan siap minggu ini tetapi maklumat masih dikumpul. Kita juga sedang berbincang dengan pihak perundangan untuk kemaskan lagi siasatan.

“Buat masa ini, kita telah memanggil 11 individu untuk memberi keterangan,” katanya pada sidang akhbar Op Tapis di Kampung Pandan, di sini hari ini.

Isnin lalu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora mengesahkan menerima laporan polis dibuat wanita berusia 26 tahun itu di Balai Polis Kota Tinggi.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI