fbpx

Pekerja maut terkena renjatan elektrik di kandang lembu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa renjatan elektrik yang ditemui tidak sedarkan diri di dalam kandang lembu di Jalan Bakariah, Muar.

MUAR – Seorang lelaki ditemui maut dipercayai terkena renjatan elektrik di sebuah kandang lembu di Jalan Bakariah di sini petang semalam.

Mangsa, J. Thayanithi, 34, merupakan pekerja di kandang tersebut ditemui terbaring di dalam kawasan kandang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Timbalan Penguasa Bomba II Shahrizal Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.20 malam dari pemilik kandang terbabit.

“Mangsa dalam keadaan terbaring di atas tanah tidak sedarkan diri, terdapat juga dua ekor lembu turut rebah berdekatan mangsa.

“Pihak bomba mendapati mangsa telah terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja pembersihan dengan menggunakan water jet di kandang lembu tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebanyak empat buah jentera dengan kekuatan keseluruhan seramai 12 orang anggota telah dikejarkan ke tempat kejadian dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar.

Pihak bomba bertindak mengeluarkan mangsa dari zon bahaya dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan KKM. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI