fbpx

Amaran cuaca buruk di Sabah, Sarawak pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di Sabah dan Sarawak pagi ini.

MetMalaysia dalam laporannya berkata, cuaca buruk itu dijangka berlaku sehingga pukul 10 pagi.

“Di Sarawak, amaran dikeluarkan di beberapa kawasan melibatkan Sibu (Sibu, Selangau), Mukah (Matu, Dalat, Mukah) dan bintulu.

“Manakala di Sabah, cuaca buruk hanya tertumpu di kawasan Kudat (Pitas dan Kudat).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata kenyataan itu. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI