fbpx

Nakada lantik Aznil Nawawi jadi duta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aznil Nawawi bersama Pengarah Urusan Nakada Group ketika memeterai perjanjian kerjasama hari ini

KUALA LUMPUR – Beroperasi sejak lebih dua dekad, syarikat Nakada Group (M) dimiliki dan diusahakan dua adik beradik dari Malaysia, Datuk Yap Kok Heng dan Datuk Kok Siang.

Biarpun kedengaran seperti nama dari Jepun, hakikatnya jenama itu diangkat dari sekecil kecil usaha di pasar basah hinggalah menempa nama di dalam dan luar negara menerusi pasaran dalam talian.

Berasal dari sebuah syarikat berstatus enterprise di bawah nama Tango Enterprise sejak 1999 dan kemudian ke Sdn. Bhd.,  pada Ogos 2007, jenama ini bergerak atas hasrat menjadikan kehidupan masyarakat lebih praktikal dan mementingkan aspek kesihatan.

Di bawah syarikat itu bernaung tiga jenama utama, Nakada, Primada dan Cuoco.

“Memang ada yang beranggapan nama syarikat itu berasal dari negara matahari terbit. Tapi tidak kerana ia buatan Malaysia.

“Nama itu sebenarnya diambil daripada seorang pemain bola sepak berpengaruh dari Jepun yang berjaya menembus bukan saja pasaran Asia tetapi maju hingga ke Eropah.

“Begitu juga impian saya dan adik untuk membawa jenama ini melangkaui semua pasaran di dunia dengan menjual peralatan elektrik untuk rumah buatan tempatan dan mengimport dari luar negara yang terbaru serta canggih” kata Yap Kong Heng selaku Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu.

Malah produk ini juga menembusi pasaran luar negara termasuk di Hong Kong hingga menjadikan Kiki Sheung yang juga artis terkenal dari sana sebagai duta sejak lebih sedekad lalu.

Malah sejak Mei tahun lalu, pengacara popular tanah air, Datuk Aznil Nawawi atau lebih mesra dipanggil Pak Nil pula dilamar sebagai duta sama di Malaysia untuk tempoh dua tahun bermula hari ini.

“Kami mempunyai sebab konkrit memilihnya sebagai duta. Beliau mempunyai imej yang sihat, ceria, peramah, suka memasak, menjaga kesihatan dan tubuh badan.

“Lalu minat dan dedikasinya itu bertepatan dengan produk yang syarikat kami pasarkan. Dia masih kekal relevan memikat hati ramai orang dalam bidang tugas dilakukan. Hatinya juga sangat murni kerana sentiasa mahu membantu mereka yang memerlukan.

“Lihat saja ketika era pandemik Covid-19 sejak dua tahun lalu dan musibah banjir, beliau antara yang tak betah duduk diam. Sebaliknya mahu membantu dengan menggunakan populariti dan kelebihan yang ada,” katanya.

Tambah Pengarah Urusannya, Yap Kok Siang, ia termasuk pengalaman ditimba menerusi pameran antarabangsa disertai di China, Singapura, Taiwan, Hong Kong dan sebagainya.

“Menerusi penyelidikan dan pembangunan tanpa jemu, kami juga mahu menyediakan pengguna dengan produk berkualiti. Semua itu dilakukan bagi memastikan proses penawaran dapat menampung permintaan yang ada. Ia sekali gus memastikan setiap produk dapat dipasarkan dengan harga berpatutan.

“Kami juga berteraskan polisi kejujuran, penyayang dan profesional dalam nilai teras perniagaan. Kami bersemangat mempersembahkan produk berkualiti tinggi kerana sentiasa percaya setiap daripada kita berhak menikmati kesihatan yang baik,” kata Yap Kok Siang.

Sementara itu, Aznil yang juga bapa tunggal kepada tiga anaknya berkata, kehadiran jenama itu memudahkan rutin hidupnya.

Figura kelahiran Kampung Datuk Keramat yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (Kategori Pengacara Paling Lama Berkhidmat) itu sendiri juga mengakui skil memasak terus diasah saban hari.

“Apabila jadi bapa tunggal kenalah belajar memasak. Dulu masa zaman bujang, skil itu mungkin terbatas. Tapi sekarang kalau diminta masak menu itu, ini… mungkin saya boleh siapkan.

“Tambah pula, memasak sekarang tak perlu skil. Konsep letak bahan dan campur diperlukan dalam mesin, siap dan boleh dimakan.

“Sejak Mei tahun lalu saya dilantik jadi duta jenama kelengkapan dapur dan barang elektrik jenama Nakada, lagi tambah senang kerja dan hidup ini,” katanya.

Bagi selebriti yang aktif dengan kerja kebajikan itu, pembabitannya sebagai duta bukan sekadar melobi dan meningkatkan kesedaran ramai terhadap jenama itu.

Jika di Malaysia, Pak Nil menjadi pilihan. Namun di pasaran Hong Kong, posisi duta sama diambil selebriti Kiki Sheung sejak lebih 10 tahun lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI