fbpx

Reaksi Ronaldo cemar kemenangan United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO (kiri) kecewa selepas dikeluarkan dalam separuh masa kedua ketika menewaskan Brentford 3-1 awal pagi semalam. – BR FOOTBALL

LONDON – Pengurus Manchester United, Ralf Rangnick mempertahankan keputusannya me­ngeluarkan Cristiano Ronaldo ketika menewaskan Brentford 3-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Komuniti Brentford awal pagi semalam.

Tiga gol United diperoleh menerusi Anthony Elanga, Mason Greenwood dan Marcus Rashford, namun kemenangan itu turut terpalit dengan tindakan Ronaldo yang menunjukkan reaksi tidak berpuas hati terhadap keputusan Rangnick.

Rangnick menjelaskan tindakannya itu demi kebaikan pasukan untuk meraih kemenangan pertama EPL tahun ini, namun beliau tetap percaya reaksi Ro­naldo adalah perkara biasa bagi seseorang penyerang.

“Ia normal bagi seorang pe­nyerang untuk cuba menjaringkan gol. Dia baru kembali daripada kecederaan dan perkara lebih penting adalah memikirkan me­ngenai perlawanan selepas ini.

“Kami mahu mempertahankan kelebihan, jadi saya pilih untuk kembali dengan lima pertahanan. Walaupun kami melepaskan gol tetapi apa lebih penting kami tidak membenarkan gawang terus dibolosi.

“Saya faham keinginannya tetapi jika Ronaldo seorang pe­ngurus, dia juga akan melakukan perkara sama selepas aksi memasuki minit ke-75,” katanya.

Di sebalik pelbagai ­andaian, pengurus dari Jerman itu turut menegaskan beliau tidak berdepan masalah untuk bekerjasama dengan Ronaldo tetapi keutamaan perlu diberikan kepada pasukan terlebih dahulu berbanding individu.

“Kebiasaan reaksi yang saya dapat adalah ‘kenapa saya dikeluarkan?’ Namun, saya sendiri tidak sangka dia akan peluk saya ketika dikeluarkan tetapi saya tahu apa yang difikirkan oleh seorang penyerang.

“Saya tidak ada sebarang isu dengan Ronaldo. Saya juga perlu buat keputusan demi kebaikan pasukan dan tidak mahu kesilapan sama berlaku lagi seperti ketika menentang Aston Villa,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI