fbpx

Pengembara ada dos penggalak kuarantin lima hari sahaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR- Mana-mana pengembara yang sudah menerima suntikan dos penggalak hanya perlu menjalani kuarantin selama lima hari sahaja ketika memasuki pintu antarabangsa Malaysia bermula Isnin depan.

Bagaimanapun, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, bagi pengembara yang tidak disuntik dos penggalak tetapi sudah lengkap divaksin hanya menjalani kuarantin selama tujuh hari sahaja.

“Bagi pengembara yang menerima dos penggalak, mereka perlu menjalani ujian RT-PCR Covid-19 dua hari sebelum berlepas dengan keputusan negatif. Ujian itu perlu dibuat sekali lagi ketika hari ketibaan.

“Ujian PCR seterusnya perlu dibuat pada hari keempat atau RTK Ag yang diselia oleh petugas kesihatan pada hari kelima sebelum dibenarkan tamat kuarantin,” katanya dalam satu sidang akhbar khas di Dewan Rakyat di sini tadi.

Katanya, bagi pengembara yang tidak menerima suntikan dos penggalak pula, ujian PCR perlu dibuat dua hari sebelum dengan keputusan negatif serta pada hari ketibaan.

“Ujian PCR perlu dibuat pada hari kelima atau RTK Ag yang diselia petugas kesihatan pada hari ketujuh.

“Bagi pengembara yang belum lengkap divaksin, tempoh kuarantin selama 10 hari serta perlu membuat ujian PCR pada hari kelapan atau RTK Ag pada hari kesepuluh,” jelasnya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI