fbpx

Nadal mahu fokus bagi elak tekanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NADAL enggan ambil pusing mengenai potensi bertemu dengan jaguh dari Jerman, Zverev pada pusingan suku akhir Terbuka Australia. – AFP

MELBOURNE – Pemain ranking No.5 dunia, Rafael Nadal enggan berada dalam tekanan sebalik­nya kekal fokus menjelang aksi pusingan ketiga kejohanan bertaraf Grand Slam pada Terbuka Australia menentang jaguh Rusia, Karen Khachanov hari ini.

Sebagai rekod, Nadal yang memburu gelaran Grand Slam ke-21 peribadi memulakan kempen dengan langkah kanan apabila tidak mempunyai masalah untuk menyingkirkan Marcos Giron dan Yannick Hanfmann pada dua pusingan terdahulu.

Kata Nadal, pertemuan menentang Khachanov dijangka lebih sukar dan mungkin keputusan yang bakal diraih nanti tidak sempurna selepas berjaya menewaskan Giron dan Hanfmann dengan keputusan straight set sebelum ini.

“Saya sudah katakan sebelum ini bukan mudah untuk mencipta keputusan sempurna dengan meraih straight set pada setiap perlawanan tetapi saya akan sentiasa bekerja keras di atas gelanggang dengan memperbaiki kesilapan yang lepas.

“Kini, saya bersedia sepenuh­nya untuk mengharungi aksi ketiga menentang Kachanov yang saya akui memiliki ­kualiti tersendiri dan dia adalah ­pencabar utama yang mampu menghalang hasrat saya untuk melangkah lebih jauh,” katanya.

Nadal juga mengakui enggan mengambil pusing mengenai potensi bertemu dengan pemain pilihan ketiga kejohanan, Alexander Zverev pada pusingan suku akhir kerana mahu memberi tumpuan pada satu perlawanan ke satu perlawanan.

“Saya tidak mahu berada dalam keadaan tertekan dengan memikirkan pusingan yang lebih jauh kerana apa yang perlu saya tempuh sekarang adalah aksi ­pusingan ketiga dan itulah ­perkara yang wajar untuk dilakukan ketika ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI