fbpx

Wanita dijangkiti Covid-19 lahir anak semasa koma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JO Udeze, 39, dibawa ke Hospital Walsall Manor pada Ogos tahun lalu. - @bbcmtd/Twitter/BPM Media

LONDON – Seorang wanita hamil yang tidak menerima suntikan vaksin tidak menyedari bahawa dia telah melahirkan anak ketika ditidurkan kerana dijangkiti Covid-19, lapor akhbar Mirror UK kelmarin. 

Ketika hamil, Jo Udeze yang berusia 39 tahun berasa ragu-ragu akan pengambilan suntikan vaksin. Malangnya, dia dijangkiti Covid-19 ketika kandungannya berusia 30 minggu.

Wanita itu dibawa ke hospital Walsall Manor pada Ogos tahun lalu sebelum ditidurkan kerana kesihatannya yang semakin merosot.

Udeze selamat melahirkan anak dengan bantuan doktor ketika masih koma selama dua minggu.

“Ingatan saya hanya  samar-samar ingat. Doktor ada  memberitahu bahawa bayi dalam kandungan perlu dilahirkan kerana tiada apa lagi boleh dilakukan kerana saya mengandung,’’ jelas Udeze. 

Pasukan perubatan bertindak membantu Udeze melahirkan anaknya, Isaiah dengan menjalankan pembedahan caesarean.

Uzede mendedahkan bahawa kali pertama dia melihat anaknya adalah menerusi sekeping gambar yang ditunjukkan oleh seorang doktor di hospital, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC). 

Dia kekal dalam unit rawatan rapi selama beberapa minggu dan kini sedang pulih daripada kesan jangkitan Covid-19 yang lama. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI