fbpx

Wanita sedih digelar Chewbacca kerana berbulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Selain masalah bulu badan berlebihan, Allen juga bergelut dengan masalah obesiti. - mediadrumimages.com/body.icanfl

BANDAR RAYA NEW YORK – Seorang wanita di  New York, Amerika Syarikat (AS) sering dibuli kerana memiliki lebihan bulu di seluruh badannya sejak dia berusia 11 tahun lagi, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Samantha Allen, 28, memberitahu bahawa dia menghidap sindrom ovari plastik (PCOS)  yang mengganggu hormon dan sindrom Hirsutism yang menyebabkan pertumbuhan bulu berlebihan pada badannya.

“Saya dibuli sejak dari sekolah rendah lagi kerana keadaan diri ini, malah, ada yang menggelar saya Chewbacca iaitu makhluk dalam filem sains fiksyen Star Wars.

“Disebabkan PCOS juga, saya bergelut dengan obesiti meskipun mengamalkan gaya hidup sihat dan kerap bersenam,” jelas Allen.

Selepas menjalani pembedahan bariatrik pada Ogos 2019, dia kehilangan berat badan 45 kilogram(kg) daripada berat asalnya iaitu 124kg dan mula berasa yakin untuk berkongsi foto dirinya.

Allen kini berkongsi pengalamannya menghidap PCOS dan Hirsutism di media sosial bagi membangkitkan kesedaran masyarakat tentang sindrom tersebut.

“Saya menerima banyak komen negatif dan menyakitkan hati setiap kali memuat naik gambar saya di laman sosial.

“Namun,  saya tidak ambil peduli dan terus berkongsi pengalaman serta mengajak mereka yang mengalami nasib serupa untuk tampil ke hadapan,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI