RIGA, Latvia – Baka lembu warna biru yang sangat jarang ditemui disifatkan sebagai simbol kebangsaan bagi negara Latvia yang menjadi lokasi habitat semula jadinya, lapor portal berita Oddity Central kelmarin.
Pernah diklasifikasikan sebagai spesies hampir pupus, lembu biru akhirnya berjaya diselamatkan dan diternak dengan konsisten sejak dua dekad lalu.
Legenda mengatakan bahawa lembu biru mendapat warnanya dari air laut tetapi sebenarnya haiwan ini dilahirkan dengan warna kuning air, namun warnanya berubah seiring dengan peredaran zaman.
Pigmen yang menjadikan bulu lembu itu berwarna biru tua juga memberi kesan kepada daging haiwan itu. Daging lembu itu berwarna sangat gelap dan menyusahkan sesetengah peminat daging lembu.
Lembu biru Latvia menghasilkan kurang susu daripada purata susu lembu biasa iaitu 5,000 liter setiap lembu setahun berbanding 8,000 liter untuk baka Holstein yang lebih popular.
Menjelang 2006, Persatuan Lembu Biru telah diwujudkan dengan matlamat utama untuk melindungi baka tersebut.
Lembu biru Latvia bukan sahaja mempunyai penampilan unik malah lebih berdaya tahan berbanding kebanyakan baka lain. Spesies itu mampu hidup sepanjang tahun di luar kandang walaupun semasa musim sejuk.
Spesises itu juga dilaporkan lebih kebal daripada jangkitan virus leukosis lembu yang dapat saintis-saintis mengenal pasti gen tersebut yang bakal memberi manfaat kepada baka lembu lain. – Agensi