fbpx

Pemuda dikafan kerana curi tabung masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang pencuri tabung masjid yang dibungkus kain kafan sebagai hukuman. - Instagram Daily Pontianak

JAKARTA – Seorang pemuda yang ditangkap ketika cuba mencuri kotak tabung masjid mengalami pengalaman menakutkan apabila dia dikafan oleh ahli jawatankuasa masjid sebagai hukuman, lapor Suara.com, semalam.

Kejadian yang di Masjid Al Mujahid, Kota Pontianak itu dirakam dan dimuat naik di laman Instagram, Daily Pontianak.

Menurut keterangan video, suspek mengaku salah dan memberitahu bahawa ini merupakan kali kedua dia melakukan jenayah itu.

“Ini percubaan kedua saya, saya mohon maaf,” katanya sambil badannya dibungkus dengan  kain kafan.

Perakam video itu turut memaklumkan bahawa suspek meminta untuk mengambil wuduk sebelum dihukum dibungkus dengan kain kafan.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen yang bersetuju dengan tindakan ahli -ahlijawatankuasa masjid bagi memberi pengajaran kepada lelaki berkenaan.

“Mujur hanya dikafan, jika ikutkan saya terus dihantar masuk kubur,” komen seorang pengguna media sosial. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI