fbpx

Pembantu Perawatan Kesihatan didakwa salah guna kuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
G. PANJJAWARNAN (tengah) didakwa di Mahkmah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyalahguna kuasa dengan menulis resit rasmi kerajaan melebihi jumlah wang awam yang sepatutnya, tiga tahun lalu. - Foto oleh NOR SHAFAWATI YUP.

SEREMBAN – Seorang Pembantu Perawatan Klinik Kesihatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyalahguna kuasa dengan menulis resit rasmi kerajaan melebihi jumlah wang awam yang sepatutnya, tiga tahun lalu.

Tertuduh, G.Panjjawarnan, 42, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rushan Lutfi Mohamed.

Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai penjawat awam iaitu Pembantu Perawatan Kesihatan telah menggunakan jawatannya untuk suapan wang tunai dengan terlibat dalam urusan penerimaan wang awam oleh orang awam.

Tertuduh yang bertugas sebagai penjawat awam sejak 2004 melakukan kesalahan itu dengan menulis resit rasmi kerajaan melebihi jumlah wang awam yang sepatutnya dibayar kepada Klinik Kesihatan Lukut di Port Dickson pada 14 Mei 2019.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan kesalahan itu dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000 atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Terdahulu pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 ke atas pertuduhan tersebut.

Tertuduh, Panjjawarnan yang diwakili peguam, Hasvinder Singh Gill kemudiannya memohon jaminan RM2,000 memandangkan anak guamnnya memberi kerjasama yang baik sepanjang siasatan dijalankan.

“Selain itu, menanggung persekolahan anaknya berusia yang berusia 14 tahun serta kos perubatan suami yang menghidap penyakit angin ahmar,” katanya dalam prosiding kes.

Mahkamah kemudian menetapkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan syarat tambahan perlu melapor diri di Pejabat SPRM Negeri Sembilan setiap bulan sehingga kes selesai.

Kes akan disebut semula pada 21 Februari depan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI