fbpx

Siasat segera nasi putih dan kuah RMT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hantaran mengenai makanan RMT yang tular di media sosial.

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) akan melakukan siasatan lanjut berhubung penularan gambar nasi putih dan kuah yang didakwa makanan kepada murid di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, beliau memandang serius dakwaan tersebut dan sudah mengarahkan siasatan dibuat bagi mengenal pasti sekolah terbabit.

“Malam tadi saya dimaklumkan tentang satu hantaran di Facebook yang tular mengenai gambar nasi putih dan kuah yang didakwa sebagai makanan kepada murid di bawah (RMT).

“KPM tidak berkompromi dalam hal yang melibatkan kebajikan murid,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Sebelum ini tular di media sosial mengenai penerima RMT yang didakwa hanya berbekalkan nasi putih dan kuah sahaja di sekolah.

Perkara itu didedahkan seorang pengguna Facebook yang berkongsi simpatinya dengan memuat naik sekeping gambar makanan berkenaan sambil mempersoalkan peruntukan kerajaan menerusi program tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI