fbpx

Senoi Praaq bantu Ops Harimau di Gua Musang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Choon Foo (dua dari kanan) memberi taklimat kepada anggota Senoi Praaq di RPS Kuala Betis sebelum mereka bergerak ke Pos Bihai. - Foto oleh AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Seramai 21 anggota Senoi Praaq, Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor, Perak tiba di sini bagi membantu anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dalam Ops Harimau di Pos Bihai dan Pos Balar di sini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, anggota Senoi Praaq itu akan bertugas di kedua-dua kawasan itu selama tiga minggu bagi menjaga keselamatan petugas Perhilitan dalam operasi menjejak harimau belang yang masih bebas berkeliaran.

Katanya, sebanyak tujuh kenderaan pacuan empat roda digunakan bagi menghantar kumpulan pertama Senoi Praaq iaitu seramai 15 orang bermula semalam.

“Enam lagi anggota tiba hari ini dan akan masuk ke kawasan operasi.

“Skop tugasan pasukan keselamatan ini lebih kepada untuk menjaga keselamatan para petugas perhilitan dan penduduk kampung sekitar kawasan operasi,” katanya.

Choon Foo berkata demikian selepas memberi taklimat kepada anggota Senoi Praaq di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis di sini hari ini.

Menurutnya, keluarga Orang Asli di Pos Bihai dan Pos Balar yang berdepan ancaman harimau dinasihatkan supaya berhati-hati ketika berada di luar rumah.

Katanya, setiap pergerakan penduduk perlu dalam berkumpulan sekiranya perlu bergerak dari satu tempat ke tempat lain. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI