fbpx

Tiga lelaki ditahan jadi dalang pemerdagangan manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak polis memeriksa antara wanita warganegara asing yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia dalam serbuan di sebuah apartmen di Genting Highlands di Bentong baru-baru ini.

BENTONG – Polis berjaya menahan tiga lelaki tempatan yang disyaki menjadi dalang mangsa pemerdagangan manusia melibatkan empat warganegara asing di Genting Highlands di sini Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, kesemua suspek berusia 30 hingga 52 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah apartmen di Genting Highlands di sini.

“Dalam serbuan itu juga polis berjaya menyelamatkan empat orang wanita warganegara asing yang berusia antara 26 hingga 41 tahun.

“Pihak polis juga telah merampas 10 buah telefon bimbit pelbagai jenama, dua buah kereta jenis Nissan Almera dan Toyota Vios, wang tunai berjumlah RM2,156, enam kondom, enam kad sim dan tiga beg pelbagai jenama,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya empat wanita warga asing berkenaan telah dihantar ke rumah perlindungan di Kuala Lumpur.

Menurut Zaiham kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod jenayah dan dadah.

“Berdasarkan siasatan awal mendapati salah seorang suspek berusia 52 tahun dipercayai menjadi dalang utama dalam kegiatan maksiat ini.

“Polis merakamkan terima kasih kepada orang ramai dalam menyalurkan maklumat dan pihak polos akan terus komited dalam membanteras jenayah, maksiat, perjudian dan dadah di daerah ini,”ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI