fbpx

Gempa bumi sederhana di Seram, Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.7 dilaporkan telah berlaku di Seram, Indonesia

PETALING JAYA – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.7 dilaporkan telah berlaku di Seram, Indonesia pada pukul 10.29 malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, pusat gempa bumi tersebut terletak 3.4 darjah Selatan dan 131.0 darjah Timur.

“Kejadian itu berlaku pada kedalaman 39 kilometer (km) dan 284 km Selatan dari Sorong, Indonesia.

“Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia berikutan kejadian bencana alam itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI