fbpx

Hujan lebat, ribut petir di tujuh negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Penduduk di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Sarawak serta Sabah dinasihatkan untuk terus berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga ekoran amaran ribut petir serta hujan lebat pada malam ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi satu kenyataan di Facebook berkata, amaran ribut petir berserta hujan melibatkan kawasan Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak.

Selain itu, keadaan yang sama turut dijangka berlaku di Selangor termasuklah kawasan Sabak Bernam, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

Menurut MetMalaysia, keadaan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang turut tertumpu bagi kesemua kawasan di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Cuaca buruk yang sama berlaku di daerah Seremban, Negeri Sembilan.

“Bagi beberapa kawasan di lima negeri tersebut, keadaan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka berterusan sehingga pukul 9 malam nanti,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, di Sarawak juga dilaporkan sedang menerima taburan hujan ketika ini melibatkan kawasan Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) dan Bintulu.

“Di Sabah, melibatkan kawasan Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat (Kota Marudu dan Pitas).

“Keadaan ini dijangka berterusan sehingga awal malam nanti,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI