fbpx

Lelaki meninggal dunia di restoran hidap penyakit jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang lelaki meninggal dunia selepas rebah dan tidak sedarkan diri ketika sedang bersarapan di sebuah restoran di Bukit Sentosa, Rawang pagi tadi mengalami penyakit jantung dan darah tinggi sejak lima tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, perkara itu disahkan isteri mangsa yang turut memaklumkan suaminya berusia 54 tahun masih menerima rawatan penyakit tersebut di Hospital Selayang.

“Lelaki itu telah dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk ujian Covid-19 dan bedah siasat. Hasil ujian Covid-19 didapati negatif dan doktor telah mengesahkan punca kematian disebabkan sakit jantung kronik.

“Siasatan awal pihak polis juga mendapati tiada unsur-unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Terdahulu, hari ini tular dalam media sosial kejadian seorang lelaki meninggal dunia selepas rebah dan tidak sedarkan diri ketika sedang bersarapan dekat sebuah restoran di Bukit Sentosa.

Menerusi gambar yang turut tersebar dalam aplikasi mesej Whatsapp itu, lelaki berkenaan didakwa baru sahaja mendapatkan suntikan dos penggalak vaksin Covid-19.

“Polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kematian mengejut,” kata Arsad. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI