fbpx

Mangsa bot karam bayar RM3,000 masuk Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
sebahagian wanita warga Indonesia yang terselamat dalam kejadian bot karam di Pontian kelmarin.

JOHOR BAHRU – Seramai 11 wanita warga Indonesia yang menjadi mang­sa bot karam di perairan Pulau Pisang, Pontian dekat sini pada Isnin lalu mendedahkan mereka membayar wang sebanyak RM1,500 hingga RM3,000 kepada ejen untuk memasuki negara ini untuk bekerja sebagai pembantu rumah.

Perkara itu didedahkan mang­sa yang terselamat dalam keja­dian itu selepas disoal siasat pihak berkuasa selepas diselamatkan pagi kelmarin.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kesemua PATI wanita berusia 25 hingga 35 tahun itu cuba masuk ke negara ini selepas ditawarkan pekerjaan sebagai pembantu rumah di ibu negara.

“Siasatan turut mendapati dua tekong yang membawa 11 PATI tesebut menerima upah RM700 bagi satu trip perjalanan daripada ejen di negara jiran. PATI pula membayar RM1,500 hingga RM3,000 kepada ejen,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini semalam.

Berita berkaitan: Bot karam: Enam PATI lemas, seorang selamat 

Kamarul Zaman berkata, pihaknya akan terus bekerjasama erat dengan Polis Republik Indonesia (POLRI) dibantu Polis Marin, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia bagi memperketatkan kawalan kemasukan PATI ke negara ini.

Kosmo! semalam melaporkan enam PATI lemas, manakala tujuh yang lain termasuk dua tekong terselamat dalam tragedi bot karam di perairan Pulau Pisang, Pontian kira-kira pukul 11 malam, Isnin lalu.

Bot dinaiki dua tekong lelaki dan 11 PATI wanita berusia 21 hingga 35 tahun itu bertolak dari Pulau Jaloh, Batam pada pukul 7 malam.

Kumpulan PATI tersebut dipercayai mahu menyelusup masuk ke negara ini dengan me­lakukan pendaratan di sebuah jeti nelayan di Api-api.

Namun, keadaan cuaca buruk dan ombak besar menyebabkan bot fiber yang dinaiki mereka dibadai ombak sebelum karam.

Enam PATI termasuk dua tekong diselamatkan oleh sekumpulan nelayan tempatan di perairan Pulau Pisang pada pukul 10 pagi kelmarin selepas terapung lebih 10 jam di laut.

Seorang mangsa dilaporkan kritikal dan kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah di sini. Keadaan wanita itu dilaporkan stabil.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI