fbpx

Badosa melangkah ke pusingan ketiga pada Terbuka Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BADOSA akui keyakinannya semakin meningkat selepas menyingkirkan pemain Itali, Trevisan pagi semalam. – AFP

MELBOURNE – Pemain No.6 dunia, Paula Badosa mara ke pusingan ketiga kejohanan tenis Terbuka Australia buat kali pertama selepas menyingkirkan pemain Itali, Martina Trevisan pagi semalam.

Dia yang juga juara Sydney Classic minggu lalu, dilihat tidak berdepan banyak masalah apabila mudah menewaskan Trevisan dengan keputusan straight set 6-0, 6-3 dalam aksi pusingan kedua di Rod Laver Arena itu.

Walaupun menang mudah, namun pemain Sepanyol itu tetap menghamburkan pujian kepada Trevisan kerana memberikan tentangan kepadanya sepanjang perlawanan tersebut.

“Saya sangat gembira dengan kemenangan ini. Martina (Trevisan) tidak mudah mengaku kalah kerana tetap berjuang habis-habisan hari ini (semalam) sehingga memaksa saya bekerja keras untuk mendapatkan mata.

“Kerja keras saya sepanjang musim lalu dilihat mula membuahkan hasil. Bagaimanapun, kemenangan ke atas Ashleigh Barty menjadi kunci untuk saya bangkit dengan aksi lebih kemas,” kata Badosa.

Jelasnya, kemenangan ke atas Barty itu menyebabkan dia mendapat keyakinan tinggi sehingga menganggap dia mampu untuk menewaskan sesiapa sahaja dalam mana-mana perlawanan.

“Selepas aksi dengan Barty, secara tiba-tiba keyakinan saya meningkat naik sehingga membuatkan saya tidak gentar untuk bertemu sesiapa pun. Sekarang saya berjaya masuk ke pusingan ketiga Terbuka Australia buat pertama kali,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI