fbpx

Apabila ramai ingin jadi ‘hero penyelamat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan
AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI,
WARTAWAN EKSEKUTIF

MASIHKAH anda ingat tentang satu kejadian tular di media sosial beberapa minggu lepas apabila seorang pemandu lori meninggal dunia akibat serangan jantung ketika sedang memandu.

Dalam kejadian di Sungai Buloh, Selangor itu, pemandu terbabit juga telah melanggar beberapa buah kenderaan sehingga dia dituduh memandu dalam kea­daan mabuk.

‘Berita palsu’ ini tersebar selepas seorang wanita telah me­rakam satu klip video semasa kejadian tersebut dan tanpa usul periksa telah menuduh arwah memandu dalam keadaan mabuk.

Klip video tersebut kemudiannya dimuat naik di laman sosial sehingga ramai yang percaya tentang berita palsu terbabit.

Bagaimanapun, dakwaan itu kemudiannya ditepis oleh beberapa rakan arwah yang mengatakan bahawa lelaki itu terkena serangan jantung semasa memandu sehingga kemalangan itu berlaku.

Lebih memilukan apabila lelaki terbabit menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Sungai Buloh beberapa jam selepas kemalangan itu berlaku.

Pada pandangan penulis, jika perakam itu bertanyakan dahulu lelaki tersebut sebelum membuat tuduhan, mungkin nyawa lelaki itu dapat diselamatkan.

Perakam mungkin diangkat sebagai ‘hero penyelamat’ dan bukannya dikecam di segenap ruang di media sosial.

Inilah ‘musibahnya’, jika rak­yat di negara ini lebih memen­tingkan rakam dan viral jadi menjadi ‘hero penyelamat’.

Hilang satu nyawa kerana ke­alpaan dan ketaksuban kita terhadap media sosial, tabiat se­perti ini harus dihentikan segera sebelum ia terus ‘membarahi’ masyarakat di negara kita.

Memetik perkongsian Pakar Kriminologi di Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP), Universiti Uta­ra Malaysia (UUM), Dr. Zalmizy Hussin, menjadi wartawan rakyat di ‘jabatan netizen negara’ ini bukan suatu normal baharu dalam komuniti alam maya ketika ini.

Jelasnya, media sosial bukan suatu platform untuk menjadi hero viral dan bukan juga tempat untuk menyebar maklumat palsu atau tidak sahih.

“Namun, sejauh mana wartawan rakyat ini menjadi tukang penyebar berita terawal di media sosial? Kajian mendapati seba­nyak 87.9 peratus berpendapat berita palsu tersebar oleh wartawan rakyat.

“Ini membuktikan wartawan rakyat ini adalah individu yang mempunyai tabiat penyebar berita terawal (breaking news syndrome) yang serius dan membimbangkan.

Justeru katanya, ada satu keadah yang dicadangkan bagi mengekang penularan ­berita palsu iaitu melalui kaedah S.U.R.E iaitu Source (Sumber), Understand (Kefahaman), Research (Kaji-selidik) dan Evaluation (Penilaian).

“Ketahui sumbernya, fahami isi kandungannya, kaji kesahihannya dan nilaikan kebaikan dan keburukan berita itu. Ha­nya kewarasan akal fikiran yang positif menjadi hakim kepada kekangan penularan berita palsu yang berada di radar alam maya.

“Jika kita sangsi, maka tidak usahlah kita kongsi,”ujarnya.

Justeru, nasihat penulis, kita perlu contohi sikap masyarakat di barat yang lebih cenderung menolong dahulu mangsa kemalangan dalam apa jua situasi daripada merakam atau menularkan kejadian tersebut di media sosial.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI