fbpx

Zii Jia bakal tinggalkan BAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA sudah menghantar surat kepada BAM pada 11 Januari lalu.

PERSOALAN mengenai masa depan perseorangan lelaki No. 1 negara, Lee Zii Jia akhirnya terjawab selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan dia sudah memohon untuk meninggalkan badan induk itu.

Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, pemain berusia 23 tahun dari Alor Setar, Kedah itu telahpun menghantar surat peletakan jawatan pada 11 Januari lalu meskipun sudah dipujuk untuk kekal.

Bekas juara kejohanan Seluruh England (All England) itu dikatakan mahu meninggalkan BAM kerana didakwa sudah tidak tahan dengan tekanan dihadapi berhubung rejim latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara.

BAM dikatakan akan membuat pengumuman rasmi berhubung perkara itu pada Jumaat ini menerusi jawatankuasa yang dipengerusikan Timbalan Presiden BAM, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos.

Sebagai rekod, spekulasi berhubung masa depan Zii Jia bertiup kencang selepas ada pihak yang sanggup memberi tajaan bernilai RM4 juta bagi membiayai karier profesionalnya sebaik dia meninggalkan BAM. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI