fbpx

Isteri menderita sakit, suami pula kena strok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UMI KALSOM banyak menghabiskan masa dengan menjaga suaminya di rumah mereka di Kampung Permatang Rambai, Seberang Perai.

SEBERANG PERAI – Seorang wanita dari Kampung Permatang Rambai, Kepala Batas di sini terpaksa memikul tanggungjawab besar untuk mengurus keluarga selepas suaminya diserang strok selain mengalami pendarahan otak sejak dua bulan lalu.

Lebih menyulitkan keadaan apabila Umi Kalsom Kassim, 37, turut menderita sakit apabila dia disahkan mengalami slipped disc, sekali gus menyukarkannya untuk bergerak aktif.

Menurut Umi Kalsom, dia tidak mampu untuk melakukan pekerjaan lain buat masa ini, manakala suaminya, Ismail Hasan, 42, hanya mampu terlantar di atas katil.

“Mujurlah anak sulung, Nur Zulaikha Ismail, 12, boleh diharap untuk melakukan kerja-kerja rumah selain menjaga dua lagi adiknya yang masih kecil.

“Saya bersyukur kerana anak-anak tidak banyak kerenah,” katanya kepada Kosmo! kelmarin.

Jelas Umi Kalsom, selain bantuan kewangan dan barangan keperluan harian, dia juga memerlukan dana untuk ber­ulang-alik ke hospital bagi membolehkan suaminya menjalani rawatan susulan.

“Adakalanya, saya juga perlu menghadiri janji temu di hospital dan terpaksa meninggalkan suami­ di bawah jagaan anak ­sulung,” ujarnya.

Dalam pada itu, Umi Kalsom berharap agar keadaan suami­nya kembali pulih seperti sedia kala bagi membolehkannya mencari rezeki.

“Suami hanya bekerja kampung, tetapi dengan gaji itulahdia menyara kami sekeluarga,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian dengan menyalurkan sumbangan terus ke akaun Maybank miliknya di nombor 152031440002 atau meng­hu­bungi talian 018-4086566.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI