fbpx

‘Lepas ada anak makin seksi, geram aku tengok’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kiriman mesej yang menunjukkan seorang lelaki didakwa melakukan gangguan seksual terhadap isteri orang serta hantaran maaf yang dibuatnya.

PETALING JAYA – Penggunaan media sosial antara pelengkap dan gaya hidup masyarakat pada masa kini dan kesannya bukan sahaja dari segi positif, malah sekiranya disalahgunakan, ia mendorong terjadinya masalah sosial yang lain.

Baru-baru ini tular tangkap layar kiriman mesej (DM) Instagram yang menunjukkan seorang lelaki didakwa melakukan gangguan seksual terhadap rakannya yang juga merupakan isteri orang.

Jika dahulu, gangguan seksual lazimnya berlaku secara bersemuka, kini ia mula menular menerusi aplikasi media sosial.

Menerusi perkongsian seorang pengguna @Tsgxy_ di laman Twitter, DM tersebut pada awalnya tidak dibalas oleh wanita itu apabila lelaki tersebut meminta untuk dibantu membuka semula aplikasi Wechat miliknya yang didakwa tidak dapat digunakan.

Kemudian, lelaki tersebut bertindak menghantar mesej dengan kata-kata yang kurang sopan kepada wanita itu.

“Lepas ada anak makin seksi, makin geram aku tengok badan kau. Kalau jadi isteri aku, setiap malam aku bedal kau puas-puas,” tulisnya.

Sementara itu, mesej tersebut telah dibalas oleh suami wanita itu serta menegur perbuatannya yang dianggap tidak bermoral.

“Agak-agak la, dia ini isteri orang, cuba perkara sama jadi pada adik kamu, suka ke tidak.

“Ke nak tunggu muka kena ‘viral’ baru nak diam, saya masih cakap sopan lagi ini,” balasnya.

Dalam pada itu, lelaki tersebut masih membalasnya dengan kasar dan tidak memperdulikan kata-kata suami wanita itu.

“Sebelum jadi isteri awak, perempuan itu saya dah kawan, saya usik pakai ayat, bukan pakai jari tau abang,” katanya lagi.

Susulan dari kejadian tersebut, tular satu lagi hantaran yang memaparkan permohonan maaf yang dimuat naik oleh lelaki tersebut di laman Instagram miliknya.

“Aku nak minta maaf atas perkara yang tular. Aku mengaku ini semua salah aku kerana mengganggu isteri orang,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI