fbpx

Vida nak cuba sunting Aweera pula?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIDA kini sangat berharap bekerjasama dengan Aweera untuk projek lagu baharunya.

SELEPAS dihebohkan dengan kisah cinta sedia terima cinta Shuib, minggu lepas sempat juga Mizz Lahar menonton siaran langsung Instagram (IGLive) Datuk Seri Vida.

Kali ini, dia sedang pening ­me­mi­kirkan calon penyanyi atau ­pelakon ­lelaki yang sesuai untuk ­dija­­dikan sebagai pasangannya dalam video muzik ­single baharunya nanti.

Paling menuai perhatian ramai apabila Vida mengakui sangat teringin untuk bekerjasama dengan penyanyi Aweera kerana terlalu meminati finalis GV8 itu.

“Saya mencari pasangan lelaki untuk video muzik lagu baharu, kalau boleh tak mahu berstatus suami atau kekasih orang.

“Iqbal tidak boleh menjadi pasangan saya. Kami seteru dan bagaimana boleh menjadi pasangan dalam sebuah lagu,” katanya menjawab soalan netizen.

Lucunya juga apabila ada netizen mencalonkan nama-nama lain seperti Ebby Yus dan Azwan Ali sehingga membutkan Vida naik geram dengan cadangan tersebut.

Kata Vida, dia sudah ada kriteria tertentu yang diinginkan dan tidak semua penyanyi ada ciri-ciri yang dimahukannya itu.

Hendak mencari pasangan dalam video muzik pun agak pening ya. Kita tunggu Aweera selesaikam GV8 dulu.

MIZZ LAHAR: Tak sabar nak tengok persembahan peserta Big Stage musim keempat pula! Calon-calon meletup!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI