fbpx

JDT bakal umum tiga pemain baharu dari Sepanyol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenyataan Alistair yang dimuat naik dalam Facebook milik JDT, hari ini.

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal menandatangani tiga pemain baharu dari Sepanyol untuk memperkuat persiapan skuad berkenaan dalam menghadapi kempen saingan Liga Malaysia 2022.

Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards berkata, pemain baharu berkenaan juga akan membantu JDT dalam saingan Liga Juara-Juara AFC.

“Kami akan mengumumkan dua pemain baharu esok manakala pemain ketiga akan menyertai skuad di Dubai, Emiriah Arab Bersatu untuk pra-musim.

“JDT akan berlepas ke Dubai hujung minggu ini dan akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang Spartak Moscow, Rodina Moscow, MSK Zilina dan Riga FC,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi JDT, hari ini.

Pada 14 Januari lalu, skuad Harimau Selatan itu mengumumkan kehadiran pemain import baharu mereka iaitu Fernando Forestieri, yang sebelum ini beraksi dalam Liga Serie A, Itali.

Sehari sebelum ini, JDT turut mengumumkan kemasukan bekas pemain Selangor, Syahmi Safari. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI