SEJAK bergelar artis, penyanyi Lee Jun-ho dikatakan seorang yang berhati mulia dan disenangi peminat termasuk rakan media.
Terbaharu, sifat positif anggota kumpulan 2PM itu menulis nota ucapan terima kasih dan menyantuni 80 orang wartawan disifatkan sungguh terpuji, sekali gus membuktikan keperibadiannya yang tidak pernah lupa asal usul.
Menariknya, nota tersebut ditulis sendiri, selain ditandatangani satu persatu buat wartawan yang hadir.
Difahamkan, Jun-ho menzahirkan penghargaan tersebut ketika sidang media bagi drama The Red Sleeve secara virtual.
Dia kemudiannya menulis nota terima kasih bagi menghargai usaha wartawan yang menyertai temu bual tersebut.
Bukan hanya menulis ucapan terima kasih, Jun-ho turut dipuji kerana pamdai mengambil hati mengingati setiap perwatakan wartawan dan soalan yang ditanya wartawan terlibat.
Dalam perkembangan lain, Jun-ho kini sibuk dengan persiapan pertemuan bersama peminat secara solo, Junho The Moment pada 22 dan 23 Februari depan.