fbpx

FreeZia pakai barangan berjenama tiruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FREEZIA

TERKENAL dan mula mendapat perhatian menerusi rancangan Single Inferno, sudah pasti ramai yang peminat K-pop ingin mengenali lebih dekat mengenai pendatang baharu FreeZia.

Sedang memuncak di tangga populariti, FreeZia atau nama sebenarnya Song Ji-a tiba-tiba terpalit dengan kontroversi yang mendakwa dirinya kerap memakai barang tiruan atau fake.

Barangan tersebut termasulah, pakaian, baju-T, rantai leher dan gaun yang selalu dipakainya semasa keluar bersiar-siar dan acara tertentu.

Untuk seseorang yang sering menjaja kehidupan mewah dalam program hiburan dan media sosial, dakwaan tersebut semestinya mencalarkan imejnya sebagai selebriti dan pempengaruh media sosial.

Selepas agak lama berdiam, FreeZia akhirnya mengakui kebenaran dakwaan berkenaan dan memohon maaf menerusi sebuah entri dalam Instagramnya.

“Tiba masa untuk saya berlaku jujur mengenai kontroversi barangan berjenama palsu yang diperkatakan hingga ke hari ini.

“Sebahagian daripada barangan berjenama palsu yang disebut anda adalah benar. Saya memohon maaf atas segala yang berlaku kerana memandang ringan isu pelanggaran hak cipta rekaan pereka terlibat,” tulisnya.

Pada hantaran sama, FreeZia turut berjanji tidak akan mengulangi kesilapan sama.

“Saya akan belajar dengan berhati-hati supaya perkara yang sama tidak akan berulang lagi pada masa hadapan.

“Saya juga memohon maaf kepada pemilik jenama yang terbabit dengan masalah kerana saya,” katanya lagi.

Meskipun nampak remeh, isu tersebut menjadi sesuatu yang hangat diperkatakan memandangkan FreeZia pernah menyuarakan impian memiliki jenama sendiri tetapi tidak faham tentang isu hak cipta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI