JAKARTA – Dua pemuda tular di media sosial gara-gara bertindak masuk ke kawasan sawah padi untuk mencabut rumput kerana mengelak daripada disaman oleh polis, lapor laman berita Suara.com semalam.
Video kejadian dimuat naik ke akaun Instagram bernama @gopos.id.
Menerusi paparan video tersebut, dua orang lelaki berada di dalam kawasan sawah padi dan dilihat sedang mencabut rumput.
Bagaimanapun, mereka sebenarnya dikatakan cuba melarikan diri daripada disaman sepasukan polis yang bertindak mengepung mereka kerana tidak memakai topi keledar.
Dua lelaki tersebut dilihat meninggalkan selipar di atas tanah lalu turun ke dalam sawah padi dan berpura-pura sedang bekerja.
Mereka juga berpura-pura tidak mendengar dan menyahut apabila dipanggil polis.
Kejaidan tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Diatas motosikal nampak berani, dikejar polis terus jadi petani,’’ tulis seorang netizen.
“Panik tak, panik tak,” tulis netizen lain. – Agensi