PUTRAJAYA – Seramai 30 wakil media menyertai program Cabaran Menembak Bersama Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Media 2020 di Kelab Menembak Sasaran Shapadu, Presint 20, Putrajaya di sini semalam.
Program anjuran Pejabat KSN, Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan polis itu bertujuan membina saluran komunikasi terbuka antara organisasi kerajaan dan media.
Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali; Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM, Datuk Mohd. Sallehhuddin Hassan dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.-K! ONLINE