fbpx

Kapal tangki minyak terbakar ditunda semula ke laut terbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

COLOMBO – Sebuah kapal laut membawa muatan minyak mentah terpaksa ditunda ke tengah laut dari perairan Sri Lanka semalam, kata pasukan penyelamat selepas satu operasi selama 36 jam untuk mengawal kebakaran di atas kapal kargo itu.

Kapal New Diamond yang berdaftar di Panama membawa 270,000 tan minyak mentah telah hanyut menghampiri perairan timur Sri Lanka selepas satu isyarat kecemasan dikeluarkan pada pagi Khamis lalu.

Sebanyak tiga buah kapal tunda, dua milik India dan satu lagi disewa pemilik kapal, digunakan untuk menolak kembali New Diamond ke perairan terbuka pada malam kelmarin.

Pengawal Pantai India dan Tentera Laut Sri Lanka berkata, kapal sepanjang 330 meter itu ditunda semalaman ke laut terbuka kira-kira 60 kilometer dari kawasan perairan dan pantai Sri Lanka.

“Tidak ada tumpahan minyak dilaporkan,” menurut Pengawal Pantai India selepas satu kerjasama kedua-dua negara itu untuk mengekang kebakaran di atas kapal tersebut.

Tentera Laut Sri Lanka berkata, pasukan penyelamat masih menyemburkan buih ke atas kapal minyak itu dan mereka berjaya mengawal kebakaran di atas New Diamond.

Tiada ancaman kapal tangki itu akan terputus dua walaupun satu kesan retak sepanjang dua meter ditemui pada badannya, kira-kira 10 meter dari paras permukaan air laut.

Kebakaran bermula selepas letupan di dalam bilik enjin, mengorbankan seorang anak kapal Filipina pada pagi Khamis semasa New Diamond berlayar dekat Sri Lanka menuju ke Pelabuhan Paradip, India.

Kapal minyak itu mengeluarkan satu isyarat kecemasan pada jarak 60 kilometer dari bandar perairan Sangamankanda Point, timur Sri Lanka.

Sebanyak 16 kapal laut termasuk empat pesawat dikerah untuk memadamkan kebakaran sejak malam kelmarin.

Agensi Perlindungan Alam Sekitar dan Marin Sri Lanka berkata, tindakan undang-undang boleh diambil ke atas pemilik kapal, syarika Porto Emporios Shipping Inc., jika badan kapal itu terputus dua.

Pihak berkuasa Sri Lanka mengesahkan mereka sedang menimbangkan cadangan untuk melakukan pemindahan minyak mentah dari New Diamond ke kapal lain. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI