fbpx

Lagi penduduk ditahan langgar kuarantin 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh OTHMAN YAHAYA

SUNGAI PETANI – Polis menahan seorang lelaki kerana melanggar perintah kuarantin di rumah di Ambangan Heights, Amanjaya di sini hari ini.

Lelaki berusia 45 tahun itu merupakan penduduk Taman Bayu Indah 2 di Ambangan Heights.

Kawasan perumahan tersebut dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran sejak 28 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, lelaki yang memakai gelang kuarantin warna putih itu ditahan ketika berjalan kaki kira-kira pukul 11.45 pagi tadi.

“Sepasukan anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang membuat pemantauan di kawasan PKPD menahan lelaki itu di hadapan sebuah rumah di Kampung Kongsi 6 terletak kira-kira satu kilometer dari kediamannya.

“Ketika ditahan, lelaki terbabit memberitahu keluar melalui sekatan jalan raya 2 di Zon Kenanga kira-kira pukul 5 petang, 31 Ogos lalu dengan memberi alasan untuk berjumpa anaknya,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, semakan lanjut kemudiannya mendapati lelaki itu dipercayai menggunakan laluan tikus untuk keluar berikutan tiada rekod pergerakan direkodkan seperti didakwanya.

“Dia kemudian dibawa ke Balai Polis Komuniti untuk tindakan lanjut sebelum  dibebaskan dengan jaminan polis,” ujarnya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 270 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI