fbpx

Amaran hujan berterusan di Sarawak selama 3 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak bermula hari ini sehingga 21 Januari ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan di laman Facebook berkata, amaran tersebut dikeluarkan bagi kawasan Kapit (Belaga), Miri (Beluru, Telang Usan, Miri dan Marudi) serta Limbang.

Sementara itu, Met Malaysia turut melaporkan ramalan cuaca signifikan bagi negeri itu bermula esok sehingga 26 Januari depan.

“Penumpuan angin yang berterusan di utara dan tengah Sarawak dijangka berterusan sepanjang tempoh tersebut.

“Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, MetMalaysia memaklumkan cuaca panas dan kering berlaku di Semenanjung Malaysia, khususnya di negeri-negeri utara.

Selain itu, hujan lebat serta ribut petir sedang melanda di kawasan Batang Padang bagi negeri Perak dan dijangka berterusan sehingga lewat petang nanti.

“Di Sarawak, keadaan yang sama berlaku di Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit (Song. Kapit dan Bukit Mabong) serta Bintulu.

“Manakala, bagi negeri Sabah, melibatkan Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat (Kota Marudu dan Pitas),” ujarnya.

Katanya lagi, keadaan hujan lebat serta ribut petir itu dijangka berterusan sehingga pukul 8 malam hari ini bagi Sabah dan Sarawak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI