fbpx

PPS, NGO kesihatan langgar SOP akan digantung lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Pengamal perubatan swasta (PPS) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kesihatan yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) bakal berdepan dengan tindakan penggantungan operasi.

Amaran tersebut dikeluarkan ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. (ProtectHealth) susulan beberapa laporan media berkaitan aktiviti penjualan sijil vaksinasi palsu.

Sehubungan itu, bagi memastikan pusat PPS dan NGO kesihatan melaksanakan perkhidmatan yang berkualiti dan mengikut SOP yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM), ProtectHealth akan menjalankan audit rawak secara berkala.

ProtectHealth berkata, sebarang ketidakpatuhan berkaitan kualiti, pihaknya akan mengambil tindakan yang perlu dan mungkin menggantung PPS dan NGO kesihatan daripada menjalankan vaksinasi.

“Pasukan audit perubatan kami juga menjalankan siasatan sekiranya menerima sebarang aduan atau terdapat anomali data yang dipantau oleh ProtectHealth.

“Vaksin hanya diberi melalui mekanisme terkawal oleh Pusat Simpanan Vaksin (PSV) kepada PPS dan NGO kesihatan mengikut kiraan janji temu yang dikeluarkan oleh MySejahtera,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu lagi, semua vaksinasi direkodkan bersama nombor siri vaksin, pengenalan diri penerima dan pemberi vaksin. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI