fbpx

Kapal perang terbesar India selesai ujian laut lepas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IAC Vikrant bakal menjalani proses induksi pada Ogos akan datang. - Indian Express

KOCHI, India – Kapal pengangkut pesawat (IAC) India yang pertama, Vikrant telah kembali ke pelabuhan Kochi selepas selesai ujian laut ketiganya di laut lepas, lapor akhbar The Indian Express, baru-baru ini.

Menurut jurucakap kementerian pertahanan, ujian laut tersebut adalah proses wajib bagi setiap IAC.

“IAC kembali dari ujian laut pada 16 Januari lalu,  di mana sejumlah besar sistem kapal dikendalikan dan diuji dengan latihan ke atas pelbagai peralatan yang dipasang di atas kapal,” kata jurucakap itu.

Tambahnya, data percubaan kini akan dianalisis dengan pemeriksaan mandatori dan keseimbangan bekerja di atas kapal.

IAC telah memulakan percubaan lautnya sejak 9 Januari untuk menjalankan gerakan kompleks di laut lepas sebelum proses induksi yang dirancang pada Ogos akan datang.

Kapal pengangkut pesawat seberat 40,000 tan itu adalah kapal perang terbesar dan paling kompleks yang pernah dibina di India, berjaya menamatkan pelayaran laut sulung selama lima hari pada Ogos tahun lalu dan menjalani ujian laut selama 10 hari pada Oktober.

Kapal perang itu akan mengendalikan jet pejuang MiG-29K, helikopter Kamov-31 dan helikopter pelbagai peranan MH-60R.

IAC telah dibina dengan kos sekitar Rs 23,000 crore (RM13 bilion) dan pembinaannya melayakkan India ke dalam kumpulan negara yang mempunyai keupayaan membina kapal pengangkut pesawat yang canggih. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI