fbpx

Cuaca cerah hampir semua negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Hampir kesemua negeri di Semenanjung menunjukkan keadaan cuaca cerah pagi ini kecuali di sekitar kawasan di timur Johor.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam laporan cuaca di YouTube berkata, hujan lebat serta ribut petir sedang berlaku sekitar Mersing dan Kota Tinggi di Johor.

“Keadaan cuaca buruk itu dijangka berterusan sehingga lewat pagi sahaja nanti.

“Selain itu, bagi tinjauan cuaca sebelah petang pula, MetMalaysia menjangkakan keadaan cuaca mendung hampir keseluruhan negeri di Semenanjung,” katanya di sini hari ini.

Jelasnya, ribut petir serta hujan lebat mungkin akan berlaku terutamanya sekitar selatan negeri Perak, pedalaman Negeri Sembilan, Selangor, Pahang dan Johor.

“Keaadan tersebut dijangka berlanjutan sehingga lewat malam ini.

“Manakala di Sabah, cuaca mendung di kesemua daerah dan masih dalam keadaan yang baik,” ujarnya.

Namun, berbeza di Sarawak, masih terdapat beberapa kawasan yang sedang mengalami hujan lebat serta ribut petir pagi ini termasuklah di Mukah dan Bintulu.

“Pada sebelah petang, MetMalaysia menjangkakan cuaca buruk bakal melanda hampir kesemua kawasan di negeri Sarawak sehingga lewat malam nanti,” katanya lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI