fbpx

Lelaki lemas semasa menyeberang Sungai Golok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota PPDA bomba menemui mayat mangsa kira-kira enam meter dari lokasi dia didapati lemas petang semalam. /FOTO IHSAN BOMBA

TANAH MERAH – Seorang lelaki dikhuatiri lemas semasa menyeberang Sungai Golok dekat Kampung Jenub di sini selepas bertemu dengan dua rakannya di negara Thailand, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, mangsa, Mohd. Fikri Nor Azhar, 22, yang berasal dari Kampung Buyung, Bukit Bunga, Jeli dipercayai lemas sebelum mayatnya ditemui di Sungai Jenub hampir 12 jam kemudian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Mohd. Adni Ibrahim berkata, mangsa dipercayai hanyut dan tenggelam ketika mengharungi Sungai Golok yang memisahkan Malaysia-Thailand untuk pulang ke rumahnya selepas bertemu dua rakannya di negara berkenaan.

Katanya, kejadian disedari dua rakan yang menghantar lelaki berkenaan di tebing Sungai Golok apabila mendapati mangsa tenggelam kira-kira pukul 2 pagi.

“Menyedari kejadian itu, dua rakannya meminta bantuan pasukan bomba Thailand untuk mencari mangsa. Namun, kita bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan daripada pihak polis kira-kira pukul 7.47 pagi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurutnya, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bomba dari balai Pengkalan Kubor dan Pengkalan Chepa turut membantu operasi mencari mangsa sebelum dia ditemui enam meter dari lokasinya lemas kira-kira pukul 1.15 petang.

“Mangsa kemudian dibawa naik ke tebing sungai sebelum mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI